PENTERNAKAN IKAN DI |
||
Di kawasan Kukup terdapatnya 73 buah keluarga yang membela ikan air laut. Ikan-ikan ini kebanyakannya untuk dibekalkan kepada restoran tempatan dan pusat memancing ikan. Menurut Encik Kwa yang menceburi diri dalam bidang penternakan ikan selama 30 tahun berkata bahawa modal untuk membina sepetak tempat membela ikan berharga RM1000.00. Biasanya tempat pembelaan ikan ini terdiri daripada 50 hingga 60 petak, dengan ini modal yang diperlukan adalah hampir bernilai RM60000.00 Tugasan penternak ikan termasuklah membaiki jala, membela ikan , membersihkan dan menukar jala. Jala-jala ikan ini biasanya bolah digunakan selama 3 hingga 4 tahun. Pada masa kini, menternak ikan menghadapi risiko yang tinggi kerana makanan ikan mahal dan peratus kematian ikan amat tinggi iaitu antara 50% hingga 80%. Kadang-kala penternak ikan bukan saja tidak mendapat keuntungan bahkan terpaksa menghadapi kerugian yang besar. Penternak ikan juga menghadapi masalah kekurangan tenaga pekerja. Pembuangan sampah yang tidak terkawal telah mencemarkan air laut menyebabkan kandungan asid bertambah dan seterusnya mengakibatkan kematian ikan turut meningkat. Jika masalah ini tidak dapat dikawal, maka bidang penternakan ikan di Kukup juga akan terjejas. |
Penternakan Ikan Pemprosesan Belacan Pengawetan Obor-obor
Tempat Pelancongan Panorama Air Masin Sekolah Chi Mang
Index