BELACAN |
||||
Proses pembuatan belacan lebih rumit daripada cencaru. Belacan dibuat daripada udang kecil. Ia terbahagi kepada 3 gred iaitu gred 1, 2, dan 3. Gred pertama adalah dibuat daripada udang putih, dan berwarna putih. Belacan gred kedua pula dibuat daripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis, dan berwarna gelap. Belacan gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam. Hasil tangkapan yang diperolehi akan dicampur dengan garam putih (Buatan Australia yang berkualiti tinggi ). Selepas itu, ia dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk dihancurkan. Ia perlu dikisar sebanyak 2 hingga 3 kali agar cukup hancur. Campuran ini kemudiannya ditabur di atas guni untuk dijemur sehingga ke tahap kekeringan 70%. Belacan yang telah dijemur ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin untuk dipadatkan menjadi ketulan. Ketulan ini diletakkan di atas papan yang bertanda dan dipotong satu persatu lalu dibungkus untuk dijual. |
|
Penternakan Ikan Pemprosesan Belacan Pengawetan Obor-obor
Tempat Pelancongan Panorama Air Masin Sekolah Chi Mang
Index