PELANCONGAN DI KAMPUNG AIR MASIN |
||||
Air Masin
-- sebuah perkampungan nelayan yang terletak di hujung selatan Benua Asia. Ia terkenal
sebagai tempat pelancongan yang kaya dengan hasil laut serta tempat penternakan ikan yang
menarik. Hasil perusahaan ringan tempatan seperti belacan, cencaluk, keropok, dan udang kering merupakan buah tangan yang boleh dibawa pulang oleh para pengunjung. Di sini juga terdapatnya perkhidmatan feri yang berulang-alik antara Kukup dan Indonesia setiap hari. Kampung Air Masin amat terkenal dengan chaletnya yang dibina di atas laut. Dengan perbelanjaan sebanyak RM65.00, anda akan dapat menikmati pelbagai kemudahan di chalet-chalet ini yang terhindar daripada kesibukan dan kebisingan bandar. Selain daripada menikmati panorama senja yang indah, anda dapat juga melihat Pulau Kukup yang merupakan pulau paya bakau yang terbesar di dunia. Menjelang malam, nikmatilah barbeku. Anda boleh memanggang kepak ayam, udang, otak-otak, bebola ikan, sate, dan lain-lain lagi. Pihak chalet juga menyediakan set karaoke. Jika terasa bosan, bolehlah mengajak rakan-rakan untuk memancing di tepi chalet. Menaiki bot melawat ke tempat penternakan ikan, menjejak jambatan papan sepanjang kelong akan dapat meninggalkan pelbagai kenangan manis yang sukar dilupakan. Untuk hidangan tengah hari pada hari yang berikutnya, anda akan disajikan dengan makanan laut yang enak di restoran tempatan. |
Untuk maklumat yang selanjutnya, anda bolehlah hubungi: AYER
MASIN KUKUP RESORT THE MANGROVE FLOATING
CHALET กก CHALET DI ATAS AIR - merupakan daya tarikan utama kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Perkampungan Air Masin. กก Tempat Pertanyaan |
|||
Penternakan Ikan Pemprosesan Belacan Pengawetan Obor-obor
Tempat Pelancongan Panorama Air Masin Sekolah Chi Mang
Index