amtt.jpg (27428 bytes)

PELANCONGAN DI KAMPUNG AIR MASIN

  shuling2.JPG (19215 bytes)
   Air Masin -- sebuah perkampungan nelayan yang terletak di hujung selatan Benua Asia. Ia terkenal sebagai tempat pelancongan yang kaya dengan hasil laut serta tempat penternakan ikan yang menarik.

   Hasil perusahaan ringan tempatan seperti belacan, cencaluk, keropok, dan udang kering merupakan buah tangan yang boleh  dibawa pulang oleh para pengunjung. Di sini juga terdapatnya perkhidmatan feri yang berulang-alik antara Kukup dan Indonesia setiap hari.

beijing2.JPG (12040 bytes)

     Kampung Air Masin amat terkenal dengan chaletnya yang dibina di atas laut. Dengan perbelanjaan sebanyak RM65.00, anda akan dapat menikmati pelbagai kemudahan di chalet-chalet ini yang terhindar daripada kesibukan dan kebisingan bandar. Selain daripada menikmati panorama senja yang indah, anda dapat juga melihat Pulau Kukup yang merupakan pulau paya bakau yang terbesar di dunia.

haishang1.JPG (13231 bytes)

     Menjelang malam, nikmatilah barbeku. Anda boleh memanggang kepak ayam, udang, otak-otak, bebola ikan, sate, dan lain-lain lagi.

     Pihak chalet juga menyediakan set karaoke. Jika terasa bosan, bolehlah mengajak rakan-rakan untuk memancing di tepi chalet.

hallo2.jpg (14298 bytes)

     Menaiki bot melawat ke tempat penternakan ikan, menjejak jambatan papan sepanjang kelong akan dapat meninggalkan pelbagai kenangan manis yang sukar dilupakan.

     Untuk hidangan tengah hari pada hari yang berikutnya, anda akan disajikan dengan makanan laut yang enak di restoran tempatan.

Untuk maklumat yang selanjutnya, anda bolehlah hubungi:

AYER MASIN KUKUP RESORT
CHAI AH SEE
07-6960894
LIM CHING HAI
07-6969539

THE MANGROVE FLOATING CHALET
Ah Huat
019-7509111
07-6960461
07-6969111 ( FAX )
( MALAYSIA )

Ah Kiat
H/P: 96728332
PG: 96062857
( SINGAPORE )

WATER BAY FLOATING CHALET
012-7338769
email:
syhun@hotmail.com

กก

CHALET DI ATAS AIR - merupakan daya tarikan utama   kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke Perkampungan Air Masin.

กก

Tempat Pertanyaan
emaillah:
airmasinnet@yahoo.com


grencube.gif (241 bytes) Penternakan Ikan grencube.gif (241 bytes) Pemprosesan Belacan grencube.gif (241 bytes) Pengawetan Obor-obor grencube.gif (241 bytes)
grencube.gif (241 bytes) Tempat Pelancongan grencube.gif (241 bytes) Panorama Air Masin grencube.gif (241 bytes) Sekolah Chi Mang grencube.gif (241 bytes)
grencube.gif (241 bytes) Index grencube.gif (241 bytes)