amtt.jpg (27428 bytes)

BELACAN



belacan6.jpg (28632 bytes)

Proses pembuatan belacan lebih rumit daripada cencaru. Belacan dibuat daripada udang kecil. Ia terbahagi kepada 3 gred iaitu gred 1, 2, dan 3. Gred pertama adalah dibuat daripada udang putih, dan berwarna putih. Belacan gred kedua pula dibuat daripada udang kecil yang bercampur dengan ikan bilis, dan berwarna gelap. Belacan gred ketiga pula dibuat daripada pelbagai jenis ikan kecil dan berwarna hitam.

Hasil tangkapan yang diperolehi akan dicampur dengan garam putih (Buatan Australia yang berkualiti tinggi ). Selepas itu, ia dimasukkan ke dalam mesin pengisar untuk dihancurkan. Ia perlu dikisar sebanyak 2 hingga 3 kali agar cukup hancur. Campuran ini kemudiannya ditabur di atas guni untuk dijemur sehingga ke tahap kekeringan 70%.

Belacan yang telah dijemur ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin untuk dipadatkan menjadi ketulan. Ketulan ini diletakkan di atas papan yang bertanda dan dipotong satu persatu lalu dibungkus untuk dijual.

belacan3.jpg (26257 bytes)

belacan1.jpg (28354 bytes)

belacan2.jpg (46223 bytes)

belacan5.jpg(41177 bytes)


grencube.gif (241 bytes) Penternakan Ikan grencube.gif (241 bytes) Pemprosesan Belacan grencube.gif (241 bytes) Pengawetan Obor-obor grencube.gif (241 bytes)
grencube.gif (241 bytes) Tempat Pelancongan grencube.gif (241 bytes) Panorama Air Masin grencube.gif (241 bytes) Sekolah Chi Mang grencube.gif (241 bytes)
grencube.gif (241 bytes) Index grencube.gif (241 bytes)