kukupxia1.jpg (15600 bytes)

but-c.gif (26996 bytes)

Penternakan Ikan

Pemprosesan Belacan

Pengawetan Obor-obor

Tempat Pelancongan
- Chalet Di Atas Air

Panorama Air Masin

Sekolah Chi Mangchimang2.jpg (13775 bytes)

Kes Tumpahan
Sisa Minyak

กก


Sila Tanda Tangan Buku Lawatan Saya.


malaysia.gif (2553 bytes)
Bendera Malaysia


johor.gif (2178 bytes)
Bendera Johor

กก

Bilangan Tetamu:

กก

กก

emaillah kepada kami:
airmasinnet@yahoo.com

am3.jpg (42834 bytes)

          Kampung Air Masin -- sebuah perkampungan nelayan yang bersebelahan dengan Kampung  Kukup Laut dan terletak di Pontian Selatan telah diterokai sejak 140 tahun dahulu. Bermula dengan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan kini telah berkembang menjadi sebuah tempat pelancongan serta pengeluar hasil laut  yang terkenal.

          Pada permulaannya, kampung ini begitu sukar untuk dihubungi melalui jalan darat. Sampan merupakan alat pengangkutan yang utama bagi penduduk di kampung ini. Selepas perang dunia yang kedua, barulah terbinanya  sebuah jambatan papan sepanjang 1 km sebagai jalan utama  ke kampung ini. Kampung Air Masin boleh dikatakan sebuah perkampungan yang terletak di atas laut.

          Terdapatnya hampir 100 buah keluarga dengan penghuni kira-kira  seribu orang di kampung ini. Kebanyakan penduduk di sini adalah orang-orang Cina yang berketurunan Hokkian dan  menceburi diri dalam bidang penternakan ikan, menangkap ikan, udang, obor-obor, dan memproses belacan, pembiakan udang serta perusahaan ringan yang lain.

          Perusahaan membuat belacan merupakan mata pencarian utama penduduk di sini. Udang geragau yang menjadi bahan utama dalam proses membuat belacan. Kebanyakannya ditangkap dalam bulan Mei hingga September.  Kebanyakan belacan-belacan ini  dijual ke Melaka ataupun Singapura.

          Obor-obor juga  merupakan hasil tangkapan yang sungguh istimewa di sini. Musim tangkapan obor-obor selalunya dijalankan pada awal tahun. Obor-obor yang telah diawet kebanyakannya dieksport ke Korea dan Jepun. Obor-obor merupakan salah satu sajian utama bagi restoran tempatan dan Singapura.

          Usaha penternakan ikan bermula sejak 20 tahun yang lalu. Pada masa kini, terdapatnya kira-kira 70 buah tempat penternakan ikan. Ikan-ikan yang diternak di sini kebanyakan ialah ikan siakap, kerapu, dan jenahar.

          Arena penternakan ikan menghadapi risiko yang tinggi terutamanya dari segi pencemaran laut.  Pada masa kini, kebanyakan ikan ternakan dijual ke pusat memancing ikan, restoran, serta dieksport ke Singapura.

          Pada tahun 90-an, industri pelancongan mula berkembang pesat. Kampung nelayan yang terletak di hujung selatan Benua Asia ini termasyhur dengan hasil laut menggerakkannya terus maju dalam arena pelancongan. Secara tidak langsung, pengaliran masuk wang asing ke negara kita telah bertambah. Setiap hujung minggu, ia menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan luar negeri. Chalet Kampung Air Masin merupakan salah satu tempat pelancongan yang dikenali di Negeri Johor. Kebanyakan chalet ini telah dilengkapi dengan pendingin hawa.

          Pada awal tahun 80-an,  sebuah tapak pembiakan benih udang telah dibina. Pengusaha biasanya membeli  udang dan telur udang dari Sabah dan Kuantan untuk menjalankan pembiakan. Kerja pembiakan udang ini boleh dijalankan sebanyak 10 kali dalam setahun. Apabila anak udang mencapai PL15 hingga 18 ( kira -kira 1.5cm) dalam tempoh pembiakan, ia  akan dijual kepada penternak udang di pantai timur Negeri Johor serta utara pantai barat Semenanjung Malaysia. Benih -benih udang dari kampung ini juga pernah dieksport ke Kuwait, Iran dan Singapura.

          Perusahaan ringan seperti pembuatan keropok dan   cencaluk juga dijalankan di sini. Hasil perusahaan ini bukan sahaja untuk pasaran tempatan bahkan juga untuk dieksport. 

           Dengan kerjasama yang erat dan usaha yang gigih daripada penduduk-penduduk kampung ini, maka terdiri dengan megahnya sebuah sekolah rendah di atas laut di hujung  kampung Air Masin -- SJK ( C ) Chi Mang. Ia menjadi kebanggaan semua penduduk kampung ini.